Friday, December 25, 2009

KhaS bUat SemUa aLUmni BADAR..

Kepada semua alumni BADAR SMK JELAI (F)..,
terutamanya yg telah bertungkus lumus untuk memantapkan akidah rakan-rakan dan berusaha untuk menubuhkan badar..
kami ahli-ahli badar sangat-sangat berharap agar anda semua sudi menyumbangkan idea dan pendapat walaupun tidak lagi bersekolah di smk jelai..
Jasa anda semua amat kami hargai..
kedatangan anda semua di smk jelai amat dialu-alukan..
sama-samalah kita berdoa agar smk jelai (f) dapat menjadi sekolah yang berjaya dari semua aspek.. akademik, koko, dan yang paling uatama..akidah pelajar-pelajar itu sendiri...
aminnn...

Wednesday, September 16, 2009

SEJARAH PENUBUHAN BADAR SMK JELAI (FELDA)

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah ditubuhkan pada awal Februari 2009. Ia merupakan hasil cetusan idea bernas dari pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan BJelai (Felda) iaitu En.Omar bin Ahmad. Idea penubuhan ini telah direalisasikan oleh guru-guru Pendidikan Islam sekolah ini. Pada awalnya, BADAR ini hanya disertai oleh beberapa orang ahli dan aktiviti yang dijalankan hanya tetrtumpu di surau sekolah. Setelah beberapa bulan berlalu, bilangan ahlinya bertambah dan aktiviti mula dijalankan di luar kawasan sekolah seperti di surau-surau dan masjid-masjid sekitar Felda Jelai. Walaupun sekolah kami bukanlah sekolah berasrama mahupun sekolah agama, tetapi kami yakin dengan penubuhan BADAR ini, kami dapat memantapkan lagi akidah pelajar-pelajar di SMK Jelai (Felda).

INFO TERKINI SEKOLAH

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA PELAJAR SMK JELAI FELDA
USAHA HABIS - HABISAN
BERDOA
DAN BERTAWAKAL
IN SYA ALLAH...

RUANG KREATIVITI AHLI BADAR

Kepada semua ahli BADAR :
Sekiranya anda mempunyai kreativiti,
bolehlah menghantar karya anda kepada FAIZATUL ASMA 4UIAM
untuk diselitkan kedalam ruangan ini.
Kerjasama dari anda amat dihargai...
Syukran jazilan..

LIRIK LAGU BADAR SMK JELAI (FELDA)

Beramal-Beramal, Amal kerana Allah

Beramal-Beramal, Amal kerana Allah

Beramal kerana Allah, Itu Syiar Kami

Beramal kerana Allah, Itu Syiar Kami

Allah-Allah, Allah Tuhan Kami

Allah-Allah, Allah Matlamat Kami

Ar-Rasul Ikutan Kami

Al-Quran Panduan Kami

Ar-Rasul Ikutan Kami

Al-Quran Panduan Kami

SEJENAK BERSAMA USTAZ


  • Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad
  • Menuntut ilmu wajib ke atas setiap umat islam
  • Ikhlas dalam beramal semata-mata kerana ALLAH S.W.T
  • Usaha tangga kejayaan

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2009



AKTIVITI HARIAN

  • Solat maghrib, isyak, zuhur dan asar bersama
  • Tazkirah
  • Taklim
AKTIVITI MINGGUAN
  • Solat hajat/dhuha
  • Bacaan Yasin
  • Qiamullail
  • Usrah
AKTIVITI DWI MINGGUAN

  • Konvoi bermotor bagi ahli lelaki
  • Solat maghrib, isyak dan solat sunat hajat di masjid-masjid sekeliling Felda Jelai
AKTIVITI TAHUN 2009
  • Jemputan kenduri
  • Sambutan maal hijrah
  • Sambutan maulidurrasul
  • Iftar Ramadhan
  • Program Imtiyaz tingkatan 3
  • Kem jati diri
  • Kursus penyembelihan
  • Kursus Pengurusan jenazah
  • Program tarbiah rohani
  • Aman Palestin
  • Program ambang Ramadhan, surau Jelai 1
  • Isra' Mikraj surau Jelai 2