Wednesday, September 16, 2009

SEJARAH PENUBUHAN BADAR SMK JELAI (FELDA)

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah ditubuhkan pada awal Februari 2009. Ia merupakan hasil cetusan idea bernas dari pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan BJelai (Felda) iaitu En.Omar bin Ahmad. Idea penubuhan ini telah direalisasikan oleh guru-guru Pendidikan Islam sekolah ini. Pada awalnya, BADAR ini hanya disertai oleh beberapa orang ahli dan aktiviti yang dijalankan hanya tetrtumpu di surau sekolah. Setelah beberapa bulan berlalu, bilangan ahlinya bertambah dan aktiviti mula dijalankan di luar kawasan sekolah seperti di surau-surau dan masjid-masjid sekitar Felda Jelai. Walaupun sekolah kami bukanlah sekolah berasrama mahupun sekolah agama, tetapi kami yakin dengan penubuhan BADAR ini, kami dapat memantapkan lagi akidah pelajar-pelajar di SMK Jelai (Felda).

5 comments:

Anonymous said...

tahniah kepada semua yang terlibat. semoga anda semua dalam kerahmatan Allah s.w.t sentiasa hendaknya.

BADAR SMK JELAI (FELDA) said...

in sya Allah...
semoga cekgu jua sentiasa diberkati Allah S.W.T

Syamimi Bt Mohd Rashid said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi , hasrat melihat perubahan di SMK Jelai Felda ini, terutamanya dari segi sahsiah Islamiah tercapai jua. Tahniah kepada semua yang menyokong, khusus kepada ustaz Rizal, Ustazah dan anak-anak yang menjadikannya realiti! Teruskan usaha meningkatkan imej kita. Benarlah kata-kata, 'KITA MEMANG HEBAT'. Jangan lupa untuk meluaskan penyertaan dengan menyediakan pelapis seterusnya. Tahniah! Saya akan terus menyokong segala usaha yang baik ini.

BADAR SMK JELAI (FELDA) said...

terima kasih atas ulasan pengetua.. kami sangat hargai...