Wednesday, September 16, 2009

TINTA EMAS GURU PENASIHAT BADAR

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam laman blog ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua editor atas kejayaan menghasilkan laman blog BADAR sekolah ini.

Sekolah adalah institusi pendidikan yang berperanan dalam melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berwawasan. Pelajar yang memiliki sahsiah yang mulia akhlak, yang baik dan berdisiplin adalah diharapkan kerana generasi inilah yang merupakan modal insan yang akan mentadbir negara di masa hadapan.

Dalam melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang unggul, disamping kecemerlangan akademik, pelajar juga perlu menghayati dan mengamalkan suruhan agama. Ini merupakan tuntutan yang perlu diambil berat untuk mencapai kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada editor BADAR atas usaha dan inisiatif membuat laman blog ini. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. In Sya Allah

0 comments: